Thursday, 14 February 2013

carefull with your words

assalamualaikum  (x jwb dosa,jwb sayang :P)


Pada bulan januari, aku telah  bergaduh dengan seorang kawan aq  yang tua setahun dari aku...  dia dilahirkan pada 25/9/1995. Dah lama aku kenal dgn dia ni .... entah kenapa aku selalu cemburu dgn dia hm...  itulah  dikatakan  hasutan syaitan. Mungkin aku tak reti jaga hati dia......
Pada suatu hari aku tlh menulis satu status di twitter ""wlupun mak kau hantar kau pi skolah pondok pun kau tu dah susah sgt nak berubah asyik nak hadap jantan je !! "   inilah ayat yang membuatkan dia tersinggung dgn aku..Aku tulis benda ni untuk org lain tapi dia yang terasa ... sungguh aku terlupa bahawa aku mempunyai seorang lagi kawan yang dihantar ke sekolah pondok, begitu sedihnya hati  bila  dia cakap yang aku tulis benda tu  utk ditujukan kpd dirinya. A rgh... aku menyesal kerana nila setitik rosak susu sebelangga, setelah lama persahabatan itu  terjalin kini ianya rosak  hanya  dgn sepotong  ayat  yang  tak bermakna apa2.  Ayat yang aku tulis mungkin tidak ada apa2 pda aku tapi bgi dia sepotong ayat boleh menyinggung perasaan  seseorang. Pernahkah anda terfikir  bahawa setiap ayat  yang diucapkan  atau ditulis  harus  difikrkan dulu agar  tidak menyinggung perasaan orang lain...  Jadi aku rasa lebih baik aku  berdiam  diri  sahaja daripada  berkata2  sehingga  menyebabkan perasaan  seseorang  terluka.


Sebenarnya gurau senda  yang aq berikan  hanya untuk menghiburkan  hati yang lara,tetapi kadang2 gurau senda  itu lah yang menyebabkan  hati orang terluka  dengan  kata2 yang pedas...  sedangkan ianya  hanya  gurauan  semata2.  Biarkan  hati  yang luka  itu  terubat  sendiri...  biarlah  masa  itu  berjalan  membetulkan  keadaan.

p/s  :  kini tiada lagi lawak jenaka dari diri ini  utk kawan2 yang mengenali diri ini  kerana  aku  takut  kerana  sebaris  kata  mungkin  akan  menyinggung  perasaan seseorang.Lebih baik mendiamkan  diri  daripada  berkata2. salam ikhlas dari saya NAJWA BINTI MOHD ZUBIR  :)
♥terima kasih kerana sudi baca entry ini!♥

No comments:

Post a Comment