Saturday 3 January 2015

kenangan 2014

Assalamualaikum uolls kalau tak jawab dosa ,kalau jawab sayang so jawab cepat😉

continue cerita yang semalam. Aku dapat kerja as promoter at metrojaya brand Carlo Rino . First day aku kerja kena pakai baju hitam yang berkolar tapi disebabkan aku tak ada baju hitam yang berkolar , aku sarung je lah baju hitam yang tak berkolar tu jugak !Then sampai je dekat Metrojaya punya staff entrance aku kena interview perghh waktu tu cuak dia kemain rasa macam dunia ni sepi je tanpa suara walaupun ramai orang yang lalu lalang kat situ . Peraturan of course ah ada kan .Well setakat peraturan aku boleh je ikut takda masalah tapi kadang-kadang degil la juga. Phone memang tak boleh bawa masuk hahaha for those yang tak boleh hidup tanpa phone tu merana sikit ah bila kerja kat situ. Tapi kalau aku hahaha tanpa phone aku boleh hidup sebab apa ? sebab aku tak pakai phone selama 17 tahun ... selama ni kalau apaapa aku pinjam mak aku punya phone je. Thats why i can live without any phone bla bla...Aku ada phone sendiri waktu bulan 12 /13  sebab waktu ni aku beli phone pakai duit biasiswa yang aku dapat RM4000. Mesti korang tertanya-tanya mcm mne bole dapat biasiswa banyak macam tu ,sebab selama aku sekolah di smk seksyen 10 kota damansara tu ,aku tak pernah amik langsung duit biasiswa sebab aku tak tau yang nak amik biasiswa tu dekat sapa so lama-lama duit biasiswa tu jadi banyak . Begitulah ceritanya :) back to the point ... so lepas je kena interview bagai aku pun masuklah kerja . Another rules dia kau kena pakai kasut tumit ,seluar slack (no jeans allow) , baju hitam kolar, because of my first day of working and doesnt have any of colar shirt, he allowed me to enter and start working for that day. Next day i must come with the colar shirt. Tudung putih and paling annoyed kena masukkan dlm baju tudung tu. Betapa jelek nya tudung dimasukkan kedlm baju  yang x berkolar arghh jelek tauk! jelek tu buruk bah kau apa tau hehe 😝.Dengan dada aku yang bidang ni lagi la nampak gemuk nak nangis aku waktu tu 😂
Tapi takpe first day,second day aku pinjam baju si abang hana yang sulung tu hehe nak buat guano dah wa cari tak jumpa baju yang berkolar kolar neyh! stress tau.
Aku dikenalkan dengan permenant aku iaitu Kak Farah Binti Habib hehe bukan habib jewels ok Habib aje ! Supervisor aku namanya Ah wei tapi panggil awie H dah hilang hahah nasib kau lah wei :p. Aku seorang aje yang kerja dekat Metrojaya(MJ) tu .. Aku tak da member yang kerja dalam Mj tu haish yang lagi sedih budak sekolah smk10 pon sikit je yang kerja kat situ qaisara, ain tahir , izzati saidin (ex) ,farid shukran (ex) . (EX) tu maksudnya diorang pernah sekolah smk10 so aku masukkan je la kan hahaa. Dekat sini ramai budak-budak Smk BU4 and Smk seksyen 4.



Nampak tak yang depan sekali neyh ↑nama dia  Nur Fazilah binti Baharuddin (sorry kalau salah eja nama kau hehehe) panggil Jila . Dekat MJ ni dialah orang pertama yang aku tegur macam dah lama kenal. Jila ni orang ye tak banyak cakap tapi suka gelak , so mana-mana laki yang nak tackle dia kena pandai buat lawak kalau tak wa tolong reject kan utk dia hahaha. Aku tegur dia dulu sebab dia punya Brand Apsara sebelah Brand aq je thats why aq tegur dia dulu selain orang lain . Dia ni budak smkbu4. Dekat Mj ni budak-budak baya aku berlambak so dekat bahagian ladies ni ada  4 geng, satu geng budak ,satu lagi geng dah lama bertapak kat mj dan konon nya tak nyah dari situ ,yang ketiga geng india dan yang keempat geng staf2 mj uolls hahaha.First day aku kerja tak buat apa apa duduk je membesarkan bontot , tapi penat sebab bosan yang amat::>_<::

Malam tu aku lepak dengan jila ,yela kaunter sebelah2 so apalagi kita chit chat la
Kita orang sembang pasal kenangan lah apa lah hahha dia kan pernah couple so aku tanya la pasal tu .Macam aku ni tak pernah couple tapi crush dekat org ada la. Dia cerita pasal crush dia ,aku cerita pasal crush aku hahaha. Malam tu yang paling menjadi KENANGANNYA ! Waktu balik tu nak naik escelator boleh pulak terserempak dengan crush aku pergh pergh first day kerja boleh pulak terserempak dgn crush apalgi wa tahan je nangis wa hahha sampai jamban meleleh sial . Padahal dia bukan tau yang aku suka kat dia . Maybe dia ingat aku satu sekolah dengan dia . Aku mengaku waktu tu aku rindu dia ... tapi sekarang tak lagi kot.

Dalam Mj ni lah aku berjumpa dengan kawan kawan aku macam Jila, razimah, kak lien , abe, chak, mija ,zila,mira,meara,niza,izzati, ramai lagi la nak sebut payah hahaha. Yela orang yang talkative macam aku ni memang semua orang aku nak tegur . well just be myself as long as im not disturbing anyone kan kan.
Macam -macam benda berlaku selama aku kerja 10 bulan kat situ . Pahit manis erti kehidupan dalam tu aku tempuhi walaupun sakit tapi aku rempuh juga nak buat macm mana  aku kan slumber punya orang . Kita rempuh je hahaha ::>_<::
Aku pun pelik macam mana lah aku boleh bertahan dekat situ sampai nak dekat setahun . First aku kata nak berhenti bulan tiga tak jadi sebab waktu tu aku tak dapat panggilan dari mana-mana institusi kerajaan yang dapat banyak swasta . Swasta semua aku tolak sebab ye la aku bukannya ber'uang' nak masuk swasta lagipon kan ada permohonan second intake for upu . Then aku sambung sampai bulan 6 kononnya nak berhenti lepas dapat tawaran belajar and nak cari kerja lain last-last tak jadi sebab dah selesa kerja kat situ . Aku dapat tawaran politeknik ungku omar (puo) dalam course teknologi maklumat. Course yang ni aku pakai tekan je sebab second intake kan. Aku pasrah je waktu ni dapat tak dapat belakang citer yg penting aku dah try apply . Sahabat aku Siti hur ain dapat dkt puo jgk dlm course yg sama tu aku amik je tu walaupun aku tak paham apa bnda lah teknologi maklumat tu . Sahabat aku yang lagi satu tu pun amik course yang sama poli yang sama juga namanya Nur Farahuda . Tapi dia ni sama jgk mcm aku second intake . Sementara  nak masuk politeknik tu bulan 12 aku kerja la dulu ye la nak cari duit poket la katakan .
Dalam masa nak ke bulan 12 ni Uitm pon ada buat permohonan second intake , mak aku paksa suruh buat permohonan lagi sekali sebab sebelum aku mohon politeknik, aku nak sgt masuk uitm. Tak tau lah apa yg best sgt smpai aq nak sgt belajar kat uitm tu.Last-last aku dapat waktu tu rasa eh mcm mne ni takkan aku tak smbung blajar kot hurmmm.... lepas tu baru aku terfikir nak buat rayuan for politeknik tu yg buat rayuan. TAK sangka dapat pulak so alhamdulillah . HA kan aku mohon second intake for uitm tu kan ,aku dapat whoa waktu ni happy and alhamdulillah tapi at the same time aq confuse nak masuk yang mana satu antara politeknik dengan uitm . Dekat politeknik aku dapat course teknologi maklumat dekat uitm aku dapat course pengurusan maklumat. Entah kenapa lah maklumat mesti melekat dgn aku hahaha. Course pengurusan maklumat ni pon aku pakai tekan je dapat tak dapat lain cerita sebab aku kan dah dapat politeknik dan aku tak harap pon dapat masuk uitm waktu tu lah. Lagipon aku dah rancang nak belajar sama-sama dengan 2 sahabat aku tadi tu. Dah la satu course satu tempat belajar ,boleh pi sama balik sama senang tapi apa kan daya takdir Allah dah tetapkan aku masuk juga uitm hurrm redha je la . Walaupun aku nak sgt masuk puo tu dgn diorang tapi nak buat mcm mne mak kata masuk uitm so aku masuk lah uitm jgk sebab apa nak berjaya ibubapa kena redha ... so sekarang aku tinggal usaha je utk berjaya ..Aku dapat Uitm Segamat Johor dalam course information management dan baru part 1. The end :)


♥terima kasih kerana sudi baca entry ini!♥

No comments:

Post a Comment